twitter
rss



                                                     Laman sesawang :

                                                                             http://youtu.be/JeXl-_fadp0







Visual


Cerita/keterangan










Ø  Set Induksi 

Guru memulakan pengajaran dengan bersoaljawab sebagai set induksi. Dalam aktiviti 1 ini, guru bertanyakan kepada murid-murid tentang hobi menanam pokok bunga.

Murid-murid memberikan respon yang baik terhadap soalan guru. Mereka menyatakan, mereka semua rajin menolong ibu menanam pokok bunga.

  






                                                                                     


Ø  Menyanyi

Guru memainkan video lagu ‘Oh Bunga Mawar’. Guru menyanyikan lagu terlebih dahulu bersama-sama video. Guru mengajar murid-murid menyebut dengan jelas setiap perkataan dalam lirik lagu.

Kemudian murid-murid diajak oleh guru menyanyikan lagu bersama-sama. Guru dapat menarik minat murid dengan set induksi didik hibur yang menyeronokkan. Murid-murid sangat terhibur.












Ø  Langkah 1

Aktiviti 1

Guru menunjukkan satu-persatu bahan-bahan dan peralatan yang digunakan untuk menanam pokok bunga. Mula-mula guru menunjukkan pasu, tanah, sudip, sarung tangan dan anak pokok.

Murid-murid memberikan sepenuh perhatian terhadap demontrasi guru. Bahan-bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru sangat menarik minat mereka.














      Aktiviti 2

Guru mula menunjukkan cara-cara menanam pokok bunga. Demontrasi beliau bermula dengan membubuhkan tanah ke dalam pasu. Pasu yang digunakan hendaklah sesuai dengan saiz pokok bunga.

Murid-murid dapat belajar secara langsung daripada demontrasi guru. Guru dan murid bersoaljawab tentang cara-cara penjagaan pokok bunga agar bunga hidup subur. 











Ø  Langkah 2

Aktiviti 1

Guru menunjukkan peta minda tentang bahan-bahan dan peralatan untuk menanam pokok bunga. Guru menyoal semula murid mengenai  langkah 1 (Aktiviti ) tadi. Dalam peta minda itu murid-murid dikehendaki melengkapkan perkataan dengan ejaan yang betul.

Selain daripada peta minda guru juga telah menyedia dan menunjukkan satu lembaran kerja iaitu lembaran aktiviti teka silang kata. Dalam aktiviti tersebut murid-murid diminta untuk mencari beberapa perkataan tersembunyi yang berkaitan dengan tajuk pelajaran.











      Aktiviti 2

Guru mengedarkan lembaran kerja bagi penaksiran secara formatif. Murid-murid yang kurang mahir (LINUS-Literasi) akan diberi tunjuk ajar oleh guru.

      Murid-murid dapat mengingat semula  
      dan menyenaraikan bahan-bahan seperti    
      yang telah ditunjukkan dalam langkah 1  
      (Aktiviti 1) tadi secara lisan. Dalam aktiviti    
      ini pula, murid-murid akan ditaksir  
      secara tulisan.

1)        Melengkapkan peta minda
2)     Mencari perkataan tersembunyi dalam jadual silang kata.













Ø  Langkah 3

Aktiviti 1

Ini adalah salah satu aktiviti di luar bilik darjah yang telah dirancang oleh guru. Guru mengajak murid-murid kepada situasi yang sebenar di mana aktiviti sebegini dapat membantu murid-murid mengingatkan tentang pelajaran dalam jangka waktu yang panjang.

Murid-murid telah diajak oleh guru melihat pelbagai jenis bunga yang terdapat di kawasan sekolah mereka.












      
       Aktiviti 2

Guru meminta murid-murid menamakan jenis-jenis bunga yang terdapat di kawasan sekolah mereka. Guru juga menyatakan ciri-ciri bunga yang ada di taman itu. Kaedah pengajaran guru amat menarik minat murid-murid.

Murid-murid dengan seronoknya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.









     
       Aktiviti 3

Guru (wanita berbaju biru) menyatakan kepada murid-murid tentang kepentingan menanam tumbuh-tumbuhan seperti bunga. Tanaman bunga boleh membantu untuk kesejahteraan alam sekitar dengan membekalkan oksigen kepada benda hidup.

Murid-murid juga memberikan respon, bahawa menanam pokok bunga boleh mencantik dan menceriakan kawasan sekolah.










  
Ø  Penutup

Di dalam bilik darjah, guru meminta murid-murid menyatakan semula bahan-bahan dan langkah-langkah menanam pokok bunga dan tentang pentingnya menanam pokok bunga.

Murid-murid dapat menyatakan semula tentang pentingnya menanam pokok bunga.