twitter
rss



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


                                PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
                        KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengenalan

Rancangan pengajaran harian atas talian adalah sangat penting dalam era teknologi masa kini. Pelajar boleh mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Pelajar juga boleh mengakses semula segala maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui internet. Pelajar yang tidak dapat hadir atau yang tinggal jauh dapat mengikuti proses pembelajaran hanya melalui internet. Maka, dengan penyediaaan rancangan pengajaran yang lengkap dan baik adalah sangat penting sebelum sesuatu pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Sebelum menyediakan sesuatu rancangan pengajaran harian, guru perlu memastikan terlebih dahulu kelas yang akan diajar, masa yang diperuntukkan, tema, unit dan tajuk. Seterusnya guru perlu memastikan apakah fokus utama, fokus sampingan, pengisian kurikulum dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah merangkumi set induksi, langkah-langkah beserta dengan masa yang diperuntukkan dan diakhiri dengan aktiviti penutup dan refleksi. Penyediaan bahan bantu mengajar, lembaran kerja, gambar serta video yang berkaitan adalah sangat penting dan perlu menarik minat dan perhatian pelajar. Setelah lengkap, guru perlu upload kesemuanya di atas talian.

Kumpulan kami telah bekerjasama dengan penuh komitmen dan tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan ini.  Setiap ahli telah bertungkus lumus menyumbangkan idea untuk menghasilkan mutu yang terbaik bagi menjayakan tugasan ini. Idea-idea ini kami garapkan menjadi satu modul pengajaran di atas talian yang boleh dijadikan contoh kepada kami semua mahupun untuk guru-guru lain. Guru-guru yang mahu mengetahui hasil usaha kumpulan kami boleh melayari blog kami goebiltendap12.blogspot.com. Guru-guru juga dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen bagi penambahbaikan modul ini.

Kami berharap hasil kerja kumpulan kami ini, dapatlah dikongsi bersama dan boleh diaplikasikan untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran kita. Modul Pengajaran dan Pembelajaran di atas talian juga sangat menyeronokkan dan berkesan seperti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Diharapkan juga murid-murid lebih fokus, seronok dan akhirnya dapat menguasai setiap kemahiran yang disampaikan oleh guru.





0 comments:

Post a Comment