Visual
|
Cerita/keterangan
|
Ø Set
Induksi
Guru memulakan pengajaran dengan bersoaljawab
sebagai set induksi. Dalam aktiviti 1 ini, guru bertanyakan kepada
murid-murid tentang hobi menanam pokok bunga.
Murid-murid memberikan respon yang baik
terhadap soalan guru. Mereka menyatakan, mereka semua rajin menolong ibu
menanam pokok bunga.
|
|
Ø Menyanyi
Guru memainkan video lagu ‘Oh Bunga Mawar’.
Guru menyanyikan lagu terlebih dahulu bersama-sama video. Guru mengajar
murid-murid menyebut dengan jelas setiap perkataan dalam lirik lagu.
Kemudian murid-murid diajak oleh guru
menyanyikan lagu bersama-sama. Guru dapat menarik minat murid dengan set
induksi didik hibur yang menyeronokkan. Murid-murid sangat terhibur.
|
Ø Langkah
1
Aktiviti 1
Guru menunjukkan satu-persatu bahan-bahan dan
peralatan yang digunakan untuk menanam pokok bunga. Mula-mula guru
menunjukkan pasu, tanah, sudip, sarung tangan dan anak pokok.
Murid-murid memberikan sepenuh perhatian
terhadap demontrasi guru. Bahan-bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru
sangat menarik minat mereka.
|
|
Aktiviti 2
Guru mula menunjukkan cara-cara menanam pokok
bunga. Demontrasi beliau bermula dengan membubuhkan tanah ke dalam pasu. Pasu
yang digunakan hendaklah sesuai dengan saiz pokok bunga.
Murid-murid dapat belajar secara langsung
daripada demontrasi guru. Guru dan murid bersoaljawab tentang cara-cara
penjagaan pokok bunga agar bunga hidup subur.
|
Ø Langkah
2
Aktiviti 1
Guru menunjukkan peta minda tentang
bahan-bahan dan peralatan untuk menanam pokok bunga. Guru menyoal semula
murid mengenai langkah 1 (Aktiviti ) tadi. Dalam peta minda itu
murid-murid dikehendaki melengkapkan perkataan dengan ejaan yang betul.
Selain daripada peta minda guru juga telah
menyedia dan menunjukkan satu lembaran kerja iaitu lembaran aktiviti teka
silang kata. Dalam aktiviti tersebut murid-murid diminta untuk mencari
beberapa perkataan tersembunyi yang berkaitan dengan tajuk pelajaran.
|
|
Aktiviti 2
Guru mengedarkan lembaran kerja bagi
penaksiran secara formatif. Murid-murid yang kurang mahir (LINUS-Literasi) akan
diberi tunjuk ajar oleh guru.
Murid-murid dapat mengingat semula
dan menyenaraikan bahan-bahan seperti
yang telah ditunjukkan dalam langkah 1
(Aktiviti 1) tadi secara lisan. Dalam aktiviti
ini pula, murid-murid akan ditaksir
secara
tulisan.
1)
Melengkapkan
peta minda
2) Mencari
perkataan tersembunyi dalam jadual silang kata.
|
Ø Langkah
3
Aktiviti 1
Ini adalah salah satu aktiviti di luar bilik
darjah yang telah dirancang oleh guru. Guru mengajak murid-murid kepada
situasi yang sebenar di mana aktiviti sebegini dapat membantu murid-murid
mengingatkan tentang pelajaran dalam jangka waktu yang panjang.
Murid-murid telah diajak oleh guru melihat
pelbagai jenis bunga yang terdapat di kawasan sekolah mereka.
|
|
Aktiviti 2
Guru meminta murid-murid menamakan jenis-jenis
bunga yang terdapat di kawasan sekolah mereka. Guru juga menyatakan ciri-ciri
bunga yang ada di taman itu. Kaedah pengajaran guru amat menarik minat murid-murid.
Murid-murid dengan seronoknya menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.
|
Aktiviti 3
Guru (wanita berbaju biru) menyatakan kepada
murid-murid tentang kepentingan menanam tumbuh-tumbuhan seperti bunga.
Tanaman bunga boleh membantu untuk kesejahteraan alam sekitar dengan membekalkan
oksigen kepada benda hidup.
Murid-murid juga memberikan respon, bahawa
menanam pokok bunga boleh mencantik dan menceriakan kawasan sekolah.
|
|
Ø Penutup
Di dalam bilik darjah, guru meminta
murid-murid menyatakan semula bahan-bahan dan langkah-langkah menanam pokok
bunga dan tentang pentingnya menanam pokok bunga.
Murid-murid dapat menyatakan semula tentang
pentingnya menanam pokok bunga.
|